INFO KORPORAT

Image
  1. Menyediakan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) dan pelan tindakan yang konkrit selaras dengan Dasar Sukan Negara (DSN).

  2. Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT secara bersepadu.

  3. Menyalurkan peruntukan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai bantuan tambahan bagi menyokong program pembangunan dan pembudayaan sukan di IPT.

  4. Menyediakan bantuan kepada atlit, pegawai sukan dan penyelidik melalui Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif Penyelidikan Sukan (SKIPS) berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

  5. Mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan di IPT yang terpilih berdasarkan kemudahan prasarana, khidmat kejurulatihan, kepakaran serta sukan yang dipelopori.

  6. Melahirkan atlit intelek (the thinking athlete) melalui pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada mereka yang berkelayakan serta telah meningkatkan berprestasi cemerlang dalam akademik dan sukan.

  7. Menjadikan sukan sebagai kerjaya serta mempunyai kebolehpasaran di dalam negara dan antarabangsa melalui kerjasama pintar dengan agensi kerajaan, pihak swasta, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.

  8. Mensasarkan 30 % atlit negara terdiri daripada atlit pelajar IPT melalui kerjasama dan hubungan strategik dengan agensi kerajaan, persatuan sukan dan badan bukan kerajaan.

  9. Menyelaras serta menjalin hubungan strategik dengan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengurus kemasukan atlit pelajar yang berpotensi serta berprestasi tinggi ke IPT dengan lebih anjal dan bertanggungjawab berdasarkan pencapaian akademik dan sukan.

  10. Menyelaras Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar, Program Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS dan Program Pembangunan Belia yang berimpak tinggi, melangkah sempadan IPT dan berskala besar bagi pembangunan sahsiah di IPT untuk melahirkan para pelajar yang cergas fizikal dan cerdas minda.

Image

Membangun dan memperkasa program pembudayaan dan pembangunan sukan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam melahirkan atlit intelek (The Thinking Athlete) yang mempunyai kecergasan fizikal dan minda yang seimbang serta mempunyai daya saing yang dapat memenuhi aspirasi pembangunan sukan IPT dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 30% negara.

Image

Menjadikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia sebagai pusat pembangunan dan pembudayaan sukan bertaraf antarabangsa.

Image

Pernyataan Strategik

Objektif Seksyen Sukan adalah berteraskan kepada objektif KPT yang berkaitan dalam menghasilkan insan yang kompeten melalui program dan aktiviti pembangunan dan pembudayaaan sukan, pemberian Biasiswa Sukan serta Skim Kecemerlangan/ Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) dan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar mengikut peraturan dan garis panduan yang diguna pakai.

Piagam Bahagian

Tertakluk kepada dokumen yang lengkap, kami berjanji :

  1. Melaksanakan program dan aktiviti sukan IPT yang terbaik selaras dengan DPSIPT dan Dasar Sukan Negara bagi memenuhi aspirasi negara dalam pembangunan sukan Negara.

  2. Memberi sumbangan dan komitmen penuh di dalam Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS), Jawatankuasa Bersama KBS/KPM/KPT dan jawatankuasa-jawatankuasa kecil di bawahnya.

  3. Mencapai sasaran 30% atlit negara terdiri daripada atlit pelajar dengan memastikan kemasukan atlit pelajar yang berkelayakan, berpotensi dan berprestasi tinggi ke IPT bagi setiap sesi pengambilan pelajar.

  4. Menyalurkan peruntukan tahunan pembangunan sukan kepada Majlis-Majlis Sukan IPT termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.

  5. Memastikan penganjuran kejohanan dan aktiviti sukan yang terbaik di peringkat IPT, kebangsaan mahupun antarabangsa.

  6. Memastikan persediaan terbaik kepada kontinjen negara bagi penyertaan ke kejohanan antarabangsa seperti Sukan Universiti ASEAN (AUG), Sukan Universiti Dunia, Kejohanan-kejohanan Universiti Dunia, Sukan Tahunan Malaysia-Indonesia, Sukan Tahunan Malaysia-Thailand dan lain-lain temasya/kejohanan yang dianjurkan setiap tahun.

  7. Menyelaras permohonan dan pembiayaan Biasiswa Sukan KPT kepada pelajar-pelajar yang layak dengan peningkatan 10 % pada setiap tahun.

  8. Memastikan atlit yang cemerlang menerima Biasiswa Sukan KPT dan Skim Kecemerlangan/Kebajikan Insentif, dan Penyelidikan Sukan (SKIPS) sekurang-kurangnya sekali setahun.

  9. Menyelaras kelulusan bagi sekurang-kurangnya 10 Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar dan Program Pencegahan Dadah/HIV/AIDS di IPT di bawah Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri setiap tahun yang berimpak tinggi, melangkaui sempadan IPT dan berskala besar.

  10. Menyelaras kelulusan pengagihan peruntukan Program Khas (Pembangunan Sahsiah) Pelajar kepada IPT berkaitan tidak melebihi tempoh 2 minggu selepas kelulusan pegawai pengawal diperolehi.

Image

+603 88706141

sukan@mohe.gov.my

Seksyen Sukan,
Bahagian Perancangan Strategik, KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia.