Page 11 - PERATURAN MEMANAH
P. 11
14.0 BANTAHAN/TATATERTIB
14.0 Sebarang Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus
pasukan dan disahkan oleh Ketua Kontingen atau Wakil IPT berkenaan
dan hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Teknikal Olahraga
SIPMA 2025 dalam tempoh tidak lebih dari satu jam selepas tamat
permainan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM500.00 (Ringgit
Malaysia: Lima Ratus sahaja) sebagai wang cagaran dan yuran
proses.
14.1 Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur
sekiranya bantahan itu tidak diterima.
14.2 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan, maka wang
cagaran sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Sahaja)
akan dikembalikan dan RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus
Sahaja) sebagai yuran proses.
14.3 Jawatankuasa bantahan terdiri daripada 5 orang iaitu Penyelaras
Teknikal Kejohanan, Wakil KOM dan 3 orang pengurus pasukan yang
berkecuali.
14.4 Bantahan hendaklah ditulis di dalam Bahasa Melayu dan pihak yang
membantah perlu mengemukakan bukti kepada Jawatankuasa
Bantahan yang diwujudkan.
14.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
Walaubagaimanapun, jika pasukan ingin membuat rayuan, boleh
memajukan rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan.
14.6 Jawatankuasa Rayuan terdiri daripada KPT, Ketua Penyelaras
Kejohanan, Ketua Penyelaras Teknikal Kejohanan, Wakil KOM dan 3
Wakil Majlis yang dilantik serta berkecuali.
15.0 JURI RAYUAN TERTINGGI
Rujuk Perkara 15 Peraturan Am SIPMA.
16.0 RAYUAN / BANTAHAN
Rujuk Perkara 16 Peraturan Am SIPMA.
17.0 JAWATANKUASA DISIPLIN
Rujuk Perkara 17 Peraturan Am SIPMA.
18.0 HADIAH-HADIAH
Rujuk Perkara 18 Peraturan Am SIPMA.