Page 3 - PERATURAN MEMANAH
P. 3
3.3.5 Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)
3.3.6 Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
3.3.7 Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)
3.3.8 Majlis Sukan Kolej Vokasioanal Malaysia (MASKoV)
3.4 Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan borang Penyertaan
Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang
telah ditetapkan. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah
dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan
Pasukan/Ketua Kontinjen masing-masing.
3.5 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari Berganti-Ganti
dikehendaki di daftar juga dalam borang penyertaan.
3.6 Peserta-peserta dikehendaki membawa Kad Pengenalan asal dan kad
matrik atau yang setaraf dengannya sebagai Pengesahan Rasmi
penyertaan jika diminta.
4.0 KELAYAKAN
4.1 Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
5.0 AKREDITASI
5.1 Semua pasukan dimestikan menggunakan kad akreditasi berdasarkan
pendaftaran online yang dikeluarkan oleh pihak pengelola.
5.2 Salinan pendaftaran/kelayakan akademik atlet/pasukan hendaklah
ditandatangani oleh Pengarah atau Ketua Pusat/Unit/Jabatan Sukan
beserta pengesahan daripada bahagian akademik pelajar.
5.3 Setiap pasukan dimestikan menyerahkan borang pendaftaran/kelayakan
akademik pasukan, borang pengesahan peserta (I-form), salinan kad pelajar
dan salinan kad pengenalan/passport kepada Jawatankuasa TAC semasa
mengambil kad akreditasi.
5.4 Semua peserta dikehendaki membawa bersama kad pelajar sepanjang
kejohanan ini berlangsung.
5.5 Pasukan yang bertanding adalah bertanggungjawab untuk
mengemukakan kad pelajar bagi disemak oleh Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan pada bila-bila masa di sepanjang tempoh kejohanan.
5.6 Hanya pemain yang berdaftar di dalam borang pengesahan atlet sahaja
layak mengambil bahagian.