Page 2 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 2
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON
SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025
1. PERATURAN AM
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutua
Badminton Dunia (BWF) yang dikuat kuasakan pada masa ini dan
Peraturan-Peraturan Am SIPMA.
1.2 Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka Undang
undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
seperti berikut:
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Tetap dan
Peraturan Am SIPMA.
1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada UNDANG
UNDANG PERSEKUTUAN BADMINTON DUNIA (BWF).
1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa adalah muktamad.
2. PENYERTAAN
2.1 Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
2.2 Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang telah ditetapkan.
Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh
Setiausaha Agung Majlis Sukan Pasukan atau Ketua Kontinjen masing-masing.
2.3 Pertandingan akan dijalankan mengikut format individu dan terbahagi kepada
lima (5) kategori;
2.3.1 Perseorangan lelaki
2.3.2 Perseorangan Wanita
2.3.3. Beregu Lelaki
2.3.4. Beregu Wanita
2.3.5. Beregu Campuran
2.4 Setiap Institusi dibenarkan mendaftar maksimum dua (2) penyertaan bagi setiap
kategori.