Page 4 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 4

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025



               4.4  Selepas taklimat  pengurus pasukan, sebarang  permohonan pertukaran/gentian
                     peserta tidak dibenarkan.

               5.      JADUAL PERTANDINGAN

               5.1     Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.

               6.      FORMAT/SISTEM PERTANDINGAN

               6.1     Sistem pertandingan dijalankan secara Kalah Keluar (Knock Out).

               6.2     Semua acara badminton akan menggunakan sistem kiraan 21 mata atau (Rally
                       Point Scoring System) (3 x 21)

               7.      PENANGGUHAN PERLAWANAN

               7.1     Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadualkan tidak boleh
                       diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

               7.2.    Referi kejohanan dan Jawatankuasa Pengelola SIPMA adalah mempunyai kuasa
                       mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual dengan diberitahu terlebih
                       dahulu atau diputuskan serta merta.

               8.      PAKAIAN PEMAIN

               8.1     Pakaian yang sesuai dengan permainan Badminton.

               8.2     Bagi acara beregu, baju pemain (sekurang-kurangnya dari segi warna)
                       hendaklah sama dengan pasangannya di dalam setiap perlawanan.

               8.3     Nama kontijen dibelakang baju adalah diwajibkan.

               9.      PERALATAN

               9.1     Jenama bulu tangkis yang digunakan akan ditentukan oleh Jawatankuasa
                       Teknikal SIPMA.

               10.     KELEWATAN

               10.1  Hanya 5 minit sahaja akan diberi kepada seseorang pemain yang lewat dan
                       selepas itu lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan kiraan 31-0 atau
                       21–0, 21–0.
   1   2   3   4   5