Page 2 - PERATURAN MEMANAH
P. 2
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH SUKAN
INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025
PERATURAN PERMAINAN MEMANAH
1. Peraturan Teknikal
1.1 Undang - undang permainan
1.1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan
ini akan dijalankan mengikut undang-undang” World Archery” (WA).
1.1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi penafsirannya, maka
undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau
undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-
a) Semua kejadian akan diputuskan berasaskan Peraturan Am
SIPMA.
b) Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan
kepada Undang-Undang “World Archery” (WA).
1.2 Perkara yang tidak dinyatakan
1.2.1 Rujuk Peraturan AM SIPMA.
2. Peraturan Pertandingan
2.1 Acara/Kategori yang dipertandingkan
2.1.1 Kategori Individu
Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada empat (4)
orang peserta lelaki dan empat (4) orang peserta wanita bagi setiap
kategori Recurve dan Compound.
2.1.2 Kategori berpasukan
Satu pasukan hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya tiga (3)
orang dan tidak lebih daripada empat (4) orang peserta bagi setiap
kategori Recurve dan Compound.
2.2 Pendaftaran dan pembentukan Pasukan
Lelaki Wanita
Status Recurve Compoun Recurve Compoun
Pengurus / 4
Jurulatih
Peserta 4 4 4 4