Page 3 - PERATURAN MEMANAH
P. 3

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025




                       2.3 Sistem Pertandingan
                           2.3.1  Pertandingan akan dijalankan  mengikut  sistem 70m / 50m Round
                                        bagi Pusingan Kelayakan dan Elimination Round bagi setiap acara
                                        individu, berpasukan dan berpasukan campuran.


                          2.3.2  Acara Individu
                                  2.3.2.1  Pusingan Kelayakan (Qualification Round)

                                            Setiap pemanah akan bertanding di dalam pusingan
                                            kelayakan (70m Round & 50m Round) dengan memanah
                                            pada jarak 70m bagi kategori Recurve dan 50m bagi kategori
                                            Compound.

                                  2.3.2.2  Pusingan Kalah Mati (Elimination Round)

                                            32 pemanah terbaik daripada pusingan kelayakan akan
                                            dipilih untuk pertandingan di dalam pusingan kalah mati.
                                            Setiap pemanah akan disusun mengikut ranking
                                            berdasarkan jadual pertandingan yang telah ditetapkan (lihat
                                            undang-undang WA).

                                            Bagi kategori recurve, pemanah akan memanah pada jarak
                                            70m dengan menggunakan   ‘target   face’   122cm   dimana
                                            kiraan menggunakan “set system” (lihat  undang-undang
                                            WA).

                                            Bagi kategori compound, pemanah akan memanah pada
                                                    jarak 50m dengan menggunakan ‘target face’ 80cm (6 rings)
                                            dimana kiraan  menggunakan “cumulative scoring system”
                                            (lihat undang-undang WA).

                                            Setiap pertandingan  menemukan dua (2) peserta  dan
                                            pemenang akan mara ke peringkat seterusnya.

                          2.3.3  Acara Berpasukan (Elimination Round)

                                   8 pasukan akan dipilih berdasarkan ranking daripada markah-markah
                                  yang      dikumpulkan oleh pemanah-pemanah dalam pusingan
                                  kelayakan.
   1   2   3   4   5   6