Page 2 - PERATURAN SEPAK TAKRAW
P. 2

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025



                     UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN SEPAKTAKRAW
                       SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025


               1.0     PERATURAN AM

                       1.1    Selain daripada peraturan-peraturan SIPMA 2025 yang terkandung, pertandingan
                              ini  juga  dijalankan  mengikut  Undang-Undang  Permainan  Persekutuan
                              Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkuatkuasa pada ketika ini dan apa yang
                              dipratikkan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

                       1.2    Sekiranya kejadian di luar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini dan
                              PSM, pihak penganjur mempunyai kuasa untuk memutuskan suatu keputusan

                       1.3    Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad.

               2.0     PENYERTAAN

                       2.1    Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA 2025

                       2.2    Pertandingan akan dijalankan secara regu, beregu dan berpasukan lelaki sahaja.

                       2.3    Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan berikut:

                              2.3.1  Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
                              2.3.2   Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM)
                              2.3.3   Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
                              2.3.4   Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
                              2.3.5   Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)
                              2.3.6   Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
                              2.3.7   Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)
                              2.3.8   Majlis Sukan Kolej Vokasioanal Malaysia (MASKoV)

                       2.4    Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi
                              yang dikeluarkan oleh Jawankuasa Pengelola pada tarikh yang telah ditetapkan.
                              Butir-butir tentang seseorang pemain hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh
                              Setiausaha  Agung  Majlis  Sukan  Pasukan  atau  Ketua  Kontijen  masing-
                              masing.

               3.0     PENDAFTARAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

                       3.1    Pertandingan akan terdiri daripada 3 acara berikut:
                              3.1.1  Regu (individu)
                              3.1.2  Beregu (individu)
                              3.1.3  Berpasukan (3 regu)






                                                                                                            2
   1   2   3   4   5