Page 4 - PERATURAN SEPAK TAKRAW
P. 4

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025

                       4.8    Sekiranya  dua pasukan atau  lebih  memperolehi mata  yang  sama  ketiga  dalam
                              kumpulan,  maka  kemenangan  akan  ditentukan  dengan  cara  turutan  peraturan
                              berikut:

                              4.8.1  Kiraan  Perbezaan  Set  -  Pasukan  yang  telah  memperolehi  lebih  kiraan
                                     perbezaan Set, akan dikira menang.

                              4.8.2  Kiraan perbezaan angka-angka mata - Pasukan yang telah memperolehi
                                     lebih kiraan perbezaan angka-angka mata akan dikira menang.

                              4.8.3  Sekiranya dengan kaedah di atas terdapat sama juga maka pasukan yang
                                     telah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

                              4.8.4  Sekiranya  kaedah  ini  juga  tidak  mendapat  keputusan,  maka  pasukan-
                                     pasukan berkenaan akan diundi bagi menentukan kedudukan Pemenang.

               5.0    PAKAIAN DAN PERALATAN

                       5.1    Pakaian Pertandingan

                              5.1.1  Semua pemain di dalam setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam
                                     dan  bernombor  kekal  dibahagian  depan  dan  belakang.  Jersi  mestilah
                                     bernombor dari nombor 1 hingga 36 sahaja.

                              5.1.2  Nama pasukan perlu ada di bahagian atas belakang jersi pemain

                              5.1.3  Nombor pemain perlulah tidak kurang 10 cm depan & 20 cm belakang dan
                                     Nama pasukan mestilah kontra dengan warna jersi serta terang dan jelas.

                              5.1.4  Pemakaian seluar ”Tight” berwarna gelap adalah DIWAJIBKAN manakala
                                     seluar ”Triquarter”  dan ”Track Bottom  ” tidak dibenarkan.

                              5.1.5  Ketua  regu/beregu  mestilah  dilantik  sebelum  permainan  bermula  dan
                                     dikehendaki memakai tanda dilengan (Arm Band).

                       5.2     Peralatan Pertandingan

                              5.2.1  Semua jenis peralatan rasmi permainan adalah seperti berikut
                                     5.2.1.1    Lelaki – Bola Gajah Emas (GE 511)

               6.0     MENARIK DIRI

                       6.1    Setiap pasukan yang bertanding perlu menghabiskan setiap perlawanan dan tidak
                              boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan untuk
                              perlawanan  yang  akan  atau  sedang  berlangsung.  Setiap  pasukan  dikehendaki
                              meneruskan permainan walaupun telah layak untuk pusingan seterusnya.






                                                                                                            4
   1   2   3   4   5