Page 2 - PERATURAN MEMANAH
P. 2

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025



                     UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN RENANG SUKAN
                               INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025


               1        PERATURAN AM

                       1.1   Selain  daripada  peraturan-peraturan  yang  terkandung,  pertandingan  ini  akan
                              dijalankan mengikut Undang-undang Renang sebagaimana yang telah ditetapkan
                              oleh Persekutuan Renang Amatur Antarabangsa (FINA).

                        1.2   Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka  Undang-
                              undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

                       1.3   Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
                              diputuskan seperti berikut;

                              1.3.1   Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan Tetap
                                      dan Peraturan Am SIPMA

                              1.3.2    Sebarang  persoalan  teknikal  akan  diputuskan  berasaskan  kepada
                                      Undang-Undang Peraturan Pertandingan Persekutuan Renang Amatur
                                      Antarabangsa (FINA).

                        1.4   Sebarang      keputusan      yang     dibuat    oleh     Jawatankuasa       Teknikal
                              Pertandingan adalah muktamad.


               2        PENYERTAAN

                         2.1    Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.

                        2.2   Setiap kontinjen hanya boleh mendaftar satu (1) pasukan renang lelaki dan satu
                              (1) pasukan renang wanita terdiri daripada:


                               Pengurus Pasukan              1 orang      1 orang
                               Jurulatih                     1 orang      1 orang

                               Lain-lain Pegawai             1 orang      1 orang
                               Pemain                        15 orang      15 orang


                               JUMLAH                        18 orang      18 orang
   1   2   3   4   5   6   7