Page 4 - PERATURAN MEMANAH
P. 4
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
4.4 Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan
penyingkiran acara peserta tidak dibenarkan.
5 JADUAL PERTANDINGAN
5.1 Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan.
6 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 SISTEM
6.1.1 Acara Perseorangan
6.1.1.1 Setiap kontinjen dibenarkan menghantar dua (2)
orang peserta bagi setiap acara. Peserta
simpanan atau gantian adalah tidak dibenarkan.
6.1.2 Acara Berpasukan
6.1.2.1 Setiap kontinjen hanya dibenarkan menghantar
satu (1) pasukan sahaja bagi setiap acara.
6.1.2.2 Dalam acara BERGANTI-GANTI, nama-nama
peserta mengikut susunan untuk pusingan awal,
hendaklah diserahkan tidak lewat daripada satu (1
jam sebelum permulaan acara berkenaan. Bagi acara
BERGANTI-GANTI RAMPAIAN, nama-nama peserta
hendaklah diberi mengikut gaya atau kuak mereka.
6.1.2.3 Seorang ahli pasukan atau peserta simpanan
boleh ditukarkan, tanpa sekatan, bagi tiap-tiap
pusingan saringan, separuh akhir dan akhir.