Page 3 - PERATURAN MEMANAH
P. 3

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025



                           2.3       Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan berikut:

                                 2.3.1   Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
                                 2.3.2   Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM)
                                  2.3.3     Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
                                  2.3.4     Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
                                  2.3.5     Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)
                                  2.3.6     Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
                                  2.3.7     Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (MASISWA)
                                        2.3.8   Majlis Sukan Kolej Vokasioanal Malaysia (MASKoV)

                          2.4     Pendaftaran  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  Borang  Penyertaan
                                 Rasmi  yang  disediakan  oleh  Jawatankuasa  Pengelola  pada  yang  telah
                                 ditetapkan. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan
                                 disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Pasukan atau Ketua Kontinjen
                                 masing-masing.

                          2.5    Pegawai  dan  pemain  WAJIB  membawa  ‘Kad  Akreditasi’  sebagai
                                 pengeshan bagi setiap perlawanan sepanjang SIPMA berlangsung.

                          2.6    Tiada peserta gantian boleh dikemukakan selepas tarikh tutup pendaftaran.
                                 Hanya  penguguran  acara  sahaja  dibenarkan  semasa  Taklimat  Pengurus
                                 Pasukan.  Penukaran  peserta  (dalam  kalangan  peserta  berdaftar  sahaja)
                                 hanya dibenarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas tarikh tutup
                                 pendaftaran


               3       KELAYAKAN

                          3.1     Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.


               4         TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

                         4.1     Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan sekurang-kurangnya satu
                                (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.

                         4.2      Pengurus-pengurus  pasukan  dikehendaki  mengemukakan  senarai  nama
                                peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau dokumen pendaftaran JPN 1/9
                                atau  1/11  yang  asal  untuk  disahkan  dan  No.  Kad  Matrik  (untuk  yang
                                berkenaan).

                         4.3    Senarai  peserta  yang  disahkan  semasa  Taklimat  Pengurus  Pasukan
                                  adalah muktamad.
   1   2   3   4   5   6   7