Page 2 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 2

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025

                 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK SUKAN
                             INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025

               1        PERATURAN AM

                        1.1    Pertandingan Bolasepak SIPMA ini akan dijalankan mengikut
                               Undang-Undang Permainan Bola Sepak Persatuan Bola Sepak
                               Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
                               (FIFA).

                        1.2    Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
                               diputuskan seperti berikut:

                               1.2.1    Sebarang  kejadian  akan  diputuskan  berasaskan
                                        kepada Peraturan Tetap dan Peraturan Am SIPMA.

                               1.2.2     Sebarang  persoalan  teknikal  akan  diputuskan  berasaskan
                                        kepada Undang-Undang Permainan Persekutuan Bola Sepak
                                        Antarabangsa (FIFA).

                        1.2    Sebarang  Keputusan  yang  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Teknikal
                               Pertandingan adalah muktamad.

              2         PENYERTAAN

                        2.1     Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.

                        2.2     Pertandingan berpasukan lelaki sahaja.

                        2.3     Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan berikut:

                                 2.3.1 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
                                 2.3.2 Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM)
                                 2.3.3 Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM)
                                 2.3.4 Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
                                 2.3.5 Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM)
                                 2.3.6 Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM)
                                 2.3.7 Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA)
                                 2.3.8 Majlis Sukan Kolej Vokasioanal Malaysia (MASKoV)

                        2.4     Pendaftaran  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  Borang
                                Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawankuasa Pengelola pada
                                tarikh  yang  telah  ditetapkan.  Butir-butir  tentang  seseorang  pemain
                                hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis
                                Sukan Pasukan atau Ketua Kontijen masing- masing.







                                                                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7