Page 3 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 3
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
2.5 Setiap pasukan mestilah mengandungi 20 pemain dan didaftarkan
dengan menggunakan Borang C04 dan Borang C07 Pendaftaran
Pasukan.
2.6 Pendaftaran pegawai (6 orang setiap pasukan) menggunakan Borang
C03 dan 1 orang fisioterapi.
2.7 Tiga set jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi
tuan rumah. Jika terdapat persamaan, pasukan pelawat mestilah
menukarkan jersinya.
2.8 Pegawai dan pemain WAJIB membawa ‘Kad Akreditasi’ sebagai
pengesahan bagi setiap perlawanan sepanjang SIPMA berlangsung.
3 KELAYAKAN
3.1 Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
4 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan sekurang-kurangnya satu
(1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan.
4.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai
nama peserta beserta dengan Kad Pengenalan atau dokumen
pendaftaran JPN 1/9 atau 1/11 yang asal untuk disahkan dan No. Kad
Matrik (untuk yang berkenaan).
4.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan
adalah muktamad.
4.4 Selepas taklimat pengurus pasukan, sebarang permohonan
pertukaran/gantian peserta tidak dibenarkan.
5 JADUAL PERTANDINGAN
5.1 Jadual pertandingan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola
Kejohanan.
2