Page 4 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 4
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
6 SISTEM PERTANDINGAN
6.1 SISTEM
6.1.1 Sistem pertandingan dijalankan secara Liga Satu Pusingan
Dua (2) Kumpulan. Dua Pasukan terbaik dari setiap kumpulan
akan layak ke peringkat separuh akhir.
6.1.2 Penentuan yang layak ke peringkat separuh akhir sekiranya
berlaku persamaan mata.
6.1.2.1 Perbezaan jaringan lebih banyak
6.1.2.2 Jumlah jaringan lebih banyak
6.1.2.3 Pemenang antara pasukan berkenaan di
peringkat liga (head to head)
6.1.2.4 Pasukan yang menerima kad amaran paling
sedikit
6.1.2.5 Keputusan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan.
6.1.3 Masa Permainan.
6.1.3.1 45 minit setiap separuh masa bagi perlawanan
peringkat liga, separuh akhir dan akhir.
6.1.3.2 Sekiranya berlaku keputusan seri bagi
perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir,
masa tambahan sebanyak 15 minit setiap
separuh masa dengan 5 minit masa rehat.
6.1.3.3 Sekiranya keputusan masih seri, sepakan dari
tanda penalti (Penalty Shootout) akan
dijalankan berdasarkan peraturan semasa.
6.1.3.4 Water Break akan diguna pakai jika perlu.
6.2 PEMBERIAN MATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN
6.2.1 Menang - 3 mata
6.2.2 Seri - 1 mata
6.2.3 Kalah - 0 mata
6.3 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN
6.3.1 Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan dan
dijadualkan tidak boleh diminta tangguh atau diubah oleh pasukan-
pasukan yang mengambil bahagian.
3