Page 5 - PERATURAN AM SIPMA 2025
P. 5
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
6.3.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai
disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka, maka
keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
6.3.3 Mana-mana perlawanan tertangguh akan dimainkan semula baki
masa perlawanan yang tertangguh. Sekiranya, perlawanan
tertangguh semasa sepakan penalti ((Penalty Shootout),
perlawanan akan dimulakan semula dari tanda penalti dengan
kedudukan 0-0.
6.3.4 Jawatankuasa Teknikal Pertandingan yang mempunyai kuasa
mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual dengan diberitahu
terlebih dahulu atau diputuskan serta- merta.
6.4 PAKAIAN PEMAIN
6.4.1 Setiap pasukan mestilah mengadakan atau menyediakan tiga set
jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi tuan
rumah.
6.4.2 Pemain hendaklah memakai nombor jersi seperti yang tercatat
dalam borang pendaftaran pemain.
6.5 PERTUKARAN PEMAIN
6.5.1 Lima (5) orang
6.6 PERALATAN
6.6.1 Jenama atau jenis bola sepak yang digunakan akan ditentukan
oleh Jawatankuasa Teknikal SIPMA.
6.7 KELEWATAN PASUKAN KE TEMPAT PERLAWANAN
6.7.1 Pasukan-pasukan yang bertanding wajib mematuhi jadual
pertandingan yang dikeluarkan oleh pihak pengelola.
6.7.2 Setiap pasukan yang bertanding wajib hadir 1 (SATU) jam awal ke
padang sebelum sepak mula untuk Game Countdown.
(Rujuk jadual dibawah)
6.7.3 Pasukan yang gagal hadir untuk perlawanan tersebut akan
dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan
SIPMA, manakala pasukan lawannya akan diberikan kemenangan
percuma dengan tiga (3) mata dan jaringan 3-0.
4