Page 2 - PERATURAN HOKI
P. 2

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN HOKI (LELAKI &
                             WANITA) SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA
                                                (SIPMA) KE-10, 2025



                   1. NAMA

                      Rujuk perkara 1 Peraturan Am Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA).


                   2. PERATURAN PERTANDINGAN

                      2.1     Mengikut     undang-undang       dan     Peraturan     Am     SIPMA      yang
                              dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.

                      2.2     Pertandingan  berlangsung  mengikut  undang-undang  Permainan  Hoki
                              SIPMA 2019.

                   3. UDANG-UNDANG PERMAINAN

                      3.1     Selain  daripada  peraturan-peraturan  yang  terkandung,  pertandingan  ini
                              dijalankan  mengikut  undang-undang  Konfederasi  Hoki  Antarabangsa
                              (FIH)  yang  sedang  dikuatkuasakan  dan  digunapakai  sepanjang  masa
                              kejohanan ini.

                      3.2     Sekiranya  timbul  sebarang  perselisihan  dari  segi  pentafsirannya,  maka
                              undang-undang  dalam  Bahasa  Inggeris  yang  terkini  akan  digunapakai.
                              Kejadian  diluar  dugaan  dan  tidak  dinyatakan  dalam  peraturan  ini  akan
                              diputuskan berdasarkan Peraturan Am SIPMA.

                      3.3     Sebarang  keputusan  yang  dibuat  oleh  Jawatankuasa  Teknikal  dan
                              Pertandingan adalah muktamad.


                   4. PENYERTAAN DAN KELAYAKAN

                       4.1    Rujuk perkara 4 Peraturan Am SIPMA.

                       4.2      Kategori yang dipertandingkan ialah Hoki Lelaki dan Hoki Wanita.

                      4.3     Setiap kontinjen boleh mendaftar tidak lebih daripada 36 orang pemain
                              dan 8 orang pegawai bagi sukan hoki. Pecahan adalah seperti berikut:

                              4.3.1 18 orang atlet hoki lelaki & 4 orang pegawai



                Kemaskini: 13 Jun 2025
   1   2   3   4   5   6   7