Page 4 - PERATURAN HOKI
P. 4
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
6.3 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah mempunyai hak untuk
menangguh atau mengubah jadual perlawanan dengan memaklumkan
kepada pengurus pasukan terlebih dahulu atau diputuskan serta-merta.
7. PAKAIAN DAN PERALATAN
7.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan
warna. Setiap pasukan perlu membawa contoh jersi pemain dan
penjaga gol semasa taklimat pengurus pasukan.
7.2 Nombor jersi mestilah terdiri daripada nombor satu (1) hingga nombor 30
sahaja. Setiap pemain diwajibkan menggunakan nombor jersi yang sama
sepanjang kejohanan dilangsungkan.
7.3 Nama pasukan yang disebut dahulu dalam jadual perlawanan dianggap
sebagai tuan rumah dan diwajibkan menukar warna jersi sekiranya
terdapat persamaan warna jersi.
8. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERLAWANAN / MENENTUKAN
KEDUDUKAN
8.1 Perlawanan secara liga/ pusingan awal:
8.1.1 Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang
dikumpul oleh setiap pasukan.
8.1.2 Cara pemberian mata
Menang : 3 Mata
Seri : 1 Mata
Kalah : 0 Mata
8.1.3 Jika dua (2) atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama,
makan pemenang akan ditentukan seperti berikut:
8.1.4 Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang.
8.1.5 Jika masih sama, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira
sebagai pemenang.
8.1.6 Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan
lawannya dalam perlawanan awal dikira menang.
8.1.7 Jika masih seri juga, penentuan pukulan “penalty stroke” akan
dijalankan untuk menentukan pemenang. (Rujuk perkara 8.3)
8.2 Pusingan kalah mati (Separuh Akhir dan Akhir)
8.2.1 Johan dan Naib Johan akan layak ke peringkat pusingan kalah mati.