Page 5 - PERATURAN HOKI
P. 5
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
8.2.2 Jika diakhir perlawanan keputusan adalah seri, makan pemenang
akan ditentukan dengan cara penentuan “penalty shoot-out”.
(Rujuk perkara 8.4)
8.3 Sistem “Penalty Stroke”
8.3.1 Semua pemain yang didaftarkan dalam perlawanan tersebut
adalah layak untuk mengambil pukulan penalti.
Pemain yang dalam hukuman penggantungan adalah tidak
dibenarkan.
8.3.2 Pengurus pasukan bertanggungjawab untuk mendaftarkan tiga (3)
orang pemain untuk mengambil pukulan penalti dari tanda penalti
yang dijalankan secara berselang-seli.
8.3.3 Jika keputusan masih seri, pukulan penalti akan diulang secara
kalah mati. Pemain yang sama tidak dibenarkan mengambil
pukulan tersebut dua kali berturut-turut dan perlu berselang
dengan pemain lain.
8.3.4 Pengadil perlawanan akan menentukan pintu gol mana pukulan
penalti akan dijalankan.
8.4 Sistem “Penalty Shoot-out”
8.4.1 Semua pemain yang didaftarkan dalam perlawanan tersebut
adalah layak untuk mengambil pukulan penalti.
Pemain yang dalam hukuman penggantungan adalah tidak
dibenarkan.
8.4.2 Pengurus pasukan bertanggungjawab untuk mendaftarkan tiga (5)
orang pemain untuk mengambil pukulan penalti yang dijalankan
secara berselang-seli.
8.4.3 Jika keputusan masih seri, pukulan penalti akan diulang secara
kalah mati.
8.4.4 Pengarah kejohanan akan menentukan pintu gol mana pukulan
penalti akan dijalankan.
9. TINDAKAN DISPLIN
9.1 Berikut adalah mata yang akan dikenakan dan masa penggantungan
untuk sebarang jenis kesalahan semasa bermain sepanjang kejohanan ini:
Kad Hijau : 0 mata/ 2 minit
Kad Kuning : 4 mata/ 5 atau 10 minit (bergantung kepada pengadil
perlawanan)
Kad merah : 8 mata/ keluar padang