Page 6 - PERATURAN HOKI
P. 6
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
9.2 Berikut adalah tindakan displin berdasarkan mata yang terkumpul:
8 Mata : Gantung 1 perlawanan
12 Mata : Gantung 2 perlawanan
16 Mata : Gantung 3 perlawanan
20 Mata : Gantung sepanjang kejohanan
• Tertakluk kepada keputusan Teknikal Pertandingan.
9.3 Jumlah mata terkumpul tidak akan dibawa ke pusingan kalah mati.
10. KELEWATAN DAN KETIDAKHADIRAN
10.1 Setiap pasukan hendaklah melaporkan diri ke meja teknikal tiga puluh (30)
minit sebelum masa perlawanan yang ditetapkan dalam jadual
perlawanan.
10.2 Jika lima belas (15) minit selepas masa perlawanan yang ditetapkan dalam
jadual perlawanan pasukan yang bertanding tidak hadir, maka
kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan dengan jaringan gol 3-0.
10.3 Pasukan yang lewat perlu mengemukakan alasan bertulis oleh
pengurusan pasukan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
10.4 Pasukan yang didapati sengaja untuk menarik diri/tidak hadir perlawanan
tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perlawanan seterusnya.
10.5 Sekiranya pasukan tersebut dikeluarkan daripada kejohanan, semua
keputusan perlawanan pasukan tersebut tidak akan diambil kira.
10.6 Sekurang-kurangnya 8 orang pemain perlu berada diatas padang, apabila
pegawai teknikal ingin memulakan perlawanan dan sekiranya gagal,
pasukan lawan akan diberi kemenangan dengan jaringal gol 3-0.
10.7 Jika kedua-dua pasukan gagal menyediakan jumlah minima pemai diatas
padang mengikut jadual perlawanan, perkara ini akan dilaporkan kepada
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dan pengelola akan mengambil
tindakan yang difikirkan patut.