Page 2 - PERATURAN TENPIN BOLING
P. 2
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN TENPIN BOLING
SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025
1. PERATURAN TEKNIKAL
1.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Am Majlis Sukan
Universiti Malaysia (MASUM) yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini
dan mengikut undang-undang Pertandingan Kongres Tenpin Boling Malaysia
(MTBC) dan Federation Internationale des Quilleurs (FIQ).
1.2. Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam
Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
1.3. Tiap-tiap universiti dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada:
1.3.1 4 org pemain lelaki
1.3.2 4 org pemain wanita
1.4 Acara-acara yang dipertandingkan
1.4.1 Perseorangan (Single)
1.4.2 Beregu (Doubles)
1.4.3 Empat (4) Sepasukan (Team Of Four)
1.4.4 Acara Master (Masters Event)
2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1 Acara Perseorangan (Single)
2.1.1 Setiap universiti dibenarkan mendaftar maksima 4 orang peserta lelaki
dan 4 orang peserta Wanita.
2.1.2 Peserta-peserta diwajibkan bermain sebanyak Enam (6) permainan
(games) di lorong seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
2.1.3 Setiap peserta perlu menukar lorong selepas Dua (2) permainan
(games)
2.1.4 Jika terdapat peserta yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama,
peserta yang mencatatkan jumlah jatuhan pin tertinggi (High Game)
dalam permainan akhir akan dikira sebagai pemenang begitulah
seterusnya.