Page 5 - PERATURAN TENPIN BOLING
P. 5
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
2.7 Bermain di atas lorong yang salah
2.7.1 Bila seorang pemain bermain di lorong yang salah dan kesalahan itu
ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan
itu dianggap sebagai ‘bola mati’ (dead ball) dan pemain tersebut
dikehendaki bermain di frame yang kemudiannya pada lorong yang
salah tadi.
2.7.2 Sekiranya kesalahan tadi hanya disedari selepas pemain kemudian
daripadanya membuat balingan, maka mata yang diperolehi akan
diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki menyambung
permainan di frame berikutnya di lorong yang salah tadi.
2.8 Kelewatan dan Blind Score
2.8.1 Semua pemain dikehendaki melaporkan diri selewat-lewatnya 15 minit
sebelum sesuatu acara dimulakan.
2.8.2 Sekiranya permainan telah dimulakan dan terdapat pemain yang
datang lewat, pemain tersebut dibolehkan bermain dengan syarat
pemain-pemain lain belum menghabiskan frame yang Ke-3 dalam
game yang pertama. Frame pertama dan kedua bagi pemain ini akan
diberi skor kosong.
2.8.3 Sekiranya pemain-pemain telah membaling bola dalam frame Ke-3
untuk game pertama pemain ini tidak dibenar untuk bermain bagi
game pertama dan blind score akan diguna pakai. Pemain ini hanya
dibenarkan bermain untuk game kedua dan seterusnya.
2.8.4 Tetapi jika pemain ini sampai selepas game pertama selesai, beliau
tidak lagi boleh bertanding dan blind score akan diberikan kepada
pasukan nya.
2.9 Kehilangan skor semasa gangguan elektrik
2.9.1 Sekiranya berlaku sebarang ‘black-out’ dalam monitor di mana skor
sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak
dapat dipulihkan, maka peserta berkenaan dikehendaki bermain
semula permainan tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan
maka ia akan bersambung dari frame di mana ia berhenti sebelum ini.
2.9.2 Permainan yang skornya telah direkodkan akan dikekalkan.
2.9.3 Pasukan dan peserta tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk
meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula
pada waktu ‘black out’ seumpama ini.