Page 4 - PERATURAN TENPIN BOLING
P. 4
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
2.4.6.1 Step-Ladder Separuh Akhir:
Permainan diperingkat separuh akhir diantara peserta
diranking ke-2 dan ranking ke-3 akan dijalankan secara “1
game Match Play”.
Pemenang dari pusingan separuh akhir layak ke peringkat akhir
2.4.6.2 Step-Ladder Akhir :
Permainan diantara peserta diranking pertama dan pemenang
dari peringkat separuh akhir akan dijalankan secara “1+1 game
Match Play”. Sekiranya peserta diranking pertama memenangi
game pertama, beliau adalah pemenang pusingan akhir.
Sekiranya pemenang dari pusingan separuh akhir memenangi
game pertama, “sudden death play-off” sebanyak 1 game akan
dijalankan. Peserta yang memenangi game ini adalah
pemenang.
2.4.7 Sekiranya Dua (2) orang atau lebih peserta mempunyai mata yang
sama juga adalah mata tertinggi di antara peserta-peserta itu (tempat
Ke-16 di acara All-Events), pemain yang mendapat mata yang lebih
di game yang terakhir akan ditempatkan di kedudukan yang diatas.
2.4.8 Sekiranya kedua–dua peserta “Step-Ladder Match Play” mempunyai
mata yang sama dalam game penentuan kedudukan pingat, “1 ball
roll–off” akan diadakan sehingga pemenang dapat ditentukan.
2.5 Pengesahan Keputusan
2.5.1 Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk mengesahkan jumlah
jatuhan pin yang dilakukannya dengan menandatangani borang
keputusan yang disediakan.
2.5.1.1 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah jika
terdapat perbezaan dengan catatan komputer dan mestilah
mendapat kebenaran Pengerusi Teknikal dan Pertandingan
atau wakilnya.
2.6 Gangguan Permainan
2.6.1 Pengerusi Teknikal dan Pertandingan mempunyai kuasa muktamad
untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu
disambung pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana
permainan itu berlangsung menghadapi masalah yang sukar di atasi.
2.6.2 Permainan yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana
gangguan berlaku.