Page 3 - PERATURAN TENPIN BOLING
P. 3
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
2.2 Acara Bergu (Doubles)
2.2.1 Setiap universiti dibenarkan mendaftar maksima 2 pasukan lelaki dan
2 pasukan wanita.
2.2.2 Peserta-peserta diwajibkan bermain sebanyak Enam (6) permainan
(games) di lorong seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
2.2.3 Setiap pasukan perlu menukar lorong selepas Dua 2 permainan
(games).
2.2.4 Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama,
pasukan yang mencatatkan jumlah jatuhan pin terkumpul tertinggi
(Team High Game) dalam permainan akhir akan dikira sebagai
pemenang begitulah seterusnya.
2.3 Acara Empat (4) Sepasukan (Team Of Four)
2.3.1 Setiap universiti dibenarkan mendaftar maksima 1 pasukan lelaki dan
1 pasukan wanita.
2.3.2 Setiap pasukan diwajibkan bermain sebanyak Enam (6) permainan
(games) di lorong seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pengelola.
2.3.3 Setiap pasukan perlu menukar lorong selepas Dua (2) permainan
(games).
2.3.4 Jika terdapat pasukan yang mempunyai jumlah jatuhan pin yang sama,
pasukan yang mencatatkan jumlah jatuhan pin terkumpul tertinggi
(Team High Game) dalam permainan akhir akan dikira sebagai
pemenang begitulah seterusnya.
2.4 Acara Master (Masters Event)
2.4.1 Peserta yang berjaya menduduki 10 tempat teratas berdasarkan 18
permainan (games) setiap kategori.
2.4.2 Setiap peserta akan bermain sebanyak 8 permainan (games).
2.4.3 Setiap peserta perlu menukar lorong selepas Empat (4) permainan
(games).
2.4.4 Pemenang akan ditentukan melalui jatuhan tertinggi dalam 8
permainan.
2.4.5 Peserta dengan mata tertinggi layak ke pusingan Step-Ladder Akhir
Manakala peserta-peserta di ranking ke-2 dan ke-3 layak ke pusingan
Step-Ladder Separuh Akhir.
2.4.6 Pusingan Step-Ladder Separuh Akhir dan Akhir.