Page 2 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 2
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
SUKAN INSTITUSI PENDIDIKAN MALAYSIA (SIPMA) KE-10, 2025
1. PERATURAN AM
1.1 Pertandingan ini dijalankan berpandukan Undang-Undang Rasmi Bola
Tampar 2021-2024 Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Official
Volleyball Rules 2021-2024 Fédération Internationale de Volleyball – FIVB)
yang dikuatkuasakan pada masa ini dan Peraturan Tetap dan Peraturan Am
SIPMA.
1.2 Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka
Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan
Tetap dan Peraturan Am SIPMA.
1.3.2 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
Undang-Undang Rasmi Bola Tampar 2021-2024 Persekutuan Bola
Tampar Antarabangsa (Official Volleyball Rules 2021-2024 Fédération
Internationale de Volleyball – FIVB).
1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan SIPMA adalah muktamad.
2. PENYERTAAN
2.1 Rujuk Perkara 4 Peraturan Am SIPMA.
2.2 Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan
Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola pada tarikh yang telah
ditetapkan. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan
dan disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Sukan Pasukan atau Ketua
Kontinjen masing-masing.
2.3 Kategori yang dipertandingkan ialah bola tampar lelaki dan bola tampar
wanita.
2.4 Setiap kontinjen boleh mendaftar tidak lebih daripada 28 orang pemain dan
8 orang pegawai bagi sukan bola tampar. Pecahan adalah seperti berikut:
2.4.1 14 orang pemain bola tampar lelaki maksima termasuk 2 orang
pemain libero dan 4 orang pegawai
2.4.2 14 orang pemain bola tampar wanita maksima termasuk 2 orang
pemain libero dan 4 orang pegawai.