Page 7 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 7
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
6.6 Menarik Diri dan Menyerah Kalah
6.6.1 Setiap pasukan haruslah menghabiskan setiap perlawanan dan tidak
boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak
lawan.
6.6.2 Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku, pasukan berkenaan
akan dikira sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
Semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan tersebut
akan dibatalkan dan pasukan tersebut tidak dibenarkan untuk
meneruskan sebarang perlawanan seterusnya.
6.6.3 Sekiranya pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimainkan
oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan
dibenarkan memasuki sebarang perlawanan seterusnya. Setiap
pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh
dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan
untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap
pasukan dikehendaki meneruskan permainan walaupun tiada peluang
untuk mendapat JOHAN, NAIB JOHAN atau tempat KETIGA.
6.6.4 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat
memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera
mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan yang
disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA.
6.7 Pegawai Pertandingan
6.7.1 Pegawai pertandingan yang bertauliah akan disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA.
6.8 Pakaian Pemain
6.8.1 Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan
mengikut Undang-Undang Rasmi Bola Tampar 2021-2024
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Official Volleyball Rules
2021-2024 Fédération Internationale de Volleyball – FIVB).
6.8.2 Jika kedua-dua pasukan memakai pakaian yang sama warnanya,
pasukan pelawat yang tercatat dalam jadual pertandingan mestilah
menukar kepada pakaian yang lain warnanya atau mengikut peraturan
sukan berkenaan.
6.9 Peralatan
6.9.1 Semua peralatan dan venue pertandingan akan disediakan dan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.