Page 6 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 6
JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025
6.4.2.1 Sekiranya bermain semula di gelanggang yang sama, set
yang tergendala akan disambung semula dengan mata,
pemain dan kedudukan pemain yang sama.
6.4.2.2 Set yang telah dimainkan dahulunya dikekalkan
keputusannya.
6.4.2.3 Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang yang
lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan
dimainkan semula dengan pemain-pemain yang sama.
6.4.2.4 Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan
keputusannya.
6.4.3 Sekiranya berlaku gangguan perlawanan melebihi 1 jam, maka
keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula.
6.4.4 Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SIPMA adalah mempunyai
kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah jadual dengan
diberitahu terlebih dahulu atau diputuskan serta- merta.
6.4.5 Mana-mana perlawanan yang ditangguhkan, Jawatankuasa Teknikal
dan Pertandingan SIPMA akan menetapkan semula perlawanan yang
ditangguhkan itu.
6.5 Kelewatan
6.5.1 Senarai nama pemain pasukan hendaklah diserahkan kepada meja
urus setia Bola Tampar sebelum masa perlawanan bermula.
6.5.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.
6.5.3 Hukuman kepada pasukan yang lewat mengikut jadual yang telah
ditetapkan akan berpandukan Undang-Undang Rasmi Bola Tampar
2021-2024 Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (Official Volleyball
Rules 2021-2024 Fédération Internationale de Volleyball – FIVB).
6.5.4 Setiap pasukan hendaklah melaporkan diri di gelanggang perlawanan
tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.
6.5.5 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di gelanggang enam
belas (16) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan
percuma (25-0; 25-0; 25-0) dengan 2 mata akan diberikan kepada
mana-mana pasukan yang berjaya berada di gelanggang selepas lima
belas (15) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.