Page 4 - PERATURAN BOLA TAMPAR
P. 4

JAWATANKUASA TEKNIKAL & PERTANDINGAN SIPMA 2025





                6.      SISTEM PERTANDINGAN

                        6.1    Sistem Liga Dua kumpulan

                               6.1.1  Sistem pertandingan dijalankan secara liga dua kumpulan. Pasukan
                                      yang  mendapat  mata  tertinggi  dalam  setiap  kumpulan  akan
                                      diisytiharkan  sebagai  Johan  diikuti  dengan  Naib  Johan  dan  tempat
                                      Ketiga.

                               6.1.2  Dua  pasukan  dengan  pencapaian  jumlah  mata  tertinggi  di  setiap
                                      kumpulan  akan  layak  ke  pusingan  Separuh  Akhir  dan  pusingan
                                      seterusnya.

                               6.1.3  Sebelum  bermulanya  setiap  set  perlawanan,  jurulatih  perlu  mengisi
                                      barisan  pemain  utama  dalam  borang  yang  disediakan,  tandatangan
                                      dan diserahkan kepada pengadil ke-2 atau pencatat.

                               6.1.4  Semua  perlawanan  akan  dijalankan  dalam  lima  (5)  set  dan  sistem
                                      perlawanan  pemenang  ditentukan  dengan  menang  (3)  set  daripada
                                      lima (5) set. Pemenang ditentukan dengan kiraan mata 3-0 set atau 3-
                                      1 set atau 3-2 set.

                               6.1.5  Set pertama, set kedua, set ketiga dan set keempat akan dimainkan
                                      dengan kiraan mata 25. Sekiranya kedudukan terikat pada mata 24
                                      sama,  pemenang  akan  ditentukan  dengan  pasukan  yang  mendapat
                                      mata 28 dahulu.

                               6.1.6  Set  kelima  atau  set  penentuan  dimainkan  dengan  kiraan  mata  15.
                                      Sekiranya  kedudukan  terikat  pada  mata  14  sama,  pemenang  akan
                                      ditentukan dengan pasukan yang mendapat mata 18 dahulu.

                               6.1.7  Setiap  pasukan  dibenarkan  mempunyai  seorang  pemain  libero
                                      semasa pertandingan dijalankan.

                        6.2    Cara Pemberian Mata

                               6.2.1  Pasukan yang menang                        = 2 mata

                               6.2.2  Pasukan yang kalah                         = 1 mata

                               6.2.3  Pasukan yang kalah tanpa bertanding
                                      atau pertandingan tidak tamat              = 0 mata (25-0; 25-0; 25-0)
   1   2   3   4   5   6   7   8